Sabtu, 18 April 2015

HARTA YANG SANGAT BERNILAI......

Dalam kehidupan didunia
Semua orang perlu ada ilmu didada
Ilmu untuk kehidupan seharian
Ilmu untuk bekalan menuju Akhirat
Dunia tempat sementara
Akhirat tempat kekal buat selamanya

Ilmu penting pada semua orang
Orang berharta disanjung dipuja
Orang berilmu dipandang Mulia
Orang berilmu tidak akan tersasar hidupnya
Orang berilmu bijak membuat keputusan
Ilmu membuat seseorang menjadi perhatian
Ilmu yang memberi maafaat akan jadi ikutan
Orang yang berilmu akan menjadi tempat rujukan
Ilmu yang bermenaaf akan berkembang
Sentiasa diamalkan....memberi pahala kepada yang menyampaikan
Ilmu   yang membawa kebaikan
Menjadi warisan pada jenerasi akan datang         
Bolih diwarisi olih ramai orang
Ilmu harta yang tak akan habis sepanjang zaman 
Orang yang  berilmu akan sentiasa dikenang
Akan mendapat ganjaran
DiDunia disanjung...Akhirat mendapat pahala yang berterusan

Carilah ilmu....Amalkan.....Kongsikan
Ilmu yang ada dapat dikembangkan
Warisilah ilmu pada semua orang
Tak akan ada rebutan....tak akan ada perbalahan
Tak akan habis sepanjang zaman
Tinggal ilmu..... pahala berpanjangan
Tinggal harta....silap langkah jadi rebutan
Salah guna kehabisan

Jadilah orang yang berilmu
Akan dikenang.....jiwa tenang
HIDUP AMAN
SENTIASA MENJADI SEBUTAN ....


MSD


Sabtu, 11 April 2015

CINTA YANG TIADA DERITA

Cinta Pada Yang Esa
Cinta Agung...Cinta Suci...Cinta Abadi...
Cinta pada kekasihnya Nabi Muhammad [saw]
Hati gembira...Jiwa tenang...
Hidup sentiasa bahagia...
Cinta yang tidak akan ada Duka...tiada Lara ..tiada kecewa
Hidup sentiasa ceria
Cinta  diri kita...kita akan menghargai apa yang ada
Cinta kedua orang tua kita
Mereka banyak berkorban untuk kita
Mencintai Allah dan Nabi Muhammad saw
Tiada halangan dan sempadan
Sentiasa berselawat padanya
Tanda kita sayang padanya
Buat yang disuruh...tinggal yang dilarang
Hipup berpandu dengan Al  QURAN dan SUNNAH....
Kita akan bahagia diDunia
In shaa Allah diAkhirat mendapat safaatnya
Tidak salah kita mencintai sesama kita
Cinta sesama manusia ada had dan batasnya
Kadang-kadang ada duka...ada rasa kecewa
Ada waktu rasa sangat menderita
Ada waktu sangat bahagia
Waktu yang lain penuh sengsara
Ada beribu rasa
Ramai yang merana  kerana cinta
Ada yang bahagia hingga hujung nyawa
Berhati-hati dengan cinta manusia
Ada yang hilang pedoman
Ada yang hilang pegangan Agama
Gara-gara secebis cinta
Kita jangan jadi golongan yang taksub  pada cinta manusia
Cintai lah Allah dan Rasul kekasihnya
Kita akan bahagia buat selamanya
Dunia bahagia Akhirat bahagia
In Shaa Allah akan bersamanya diSyurga...
Berusaha lah selagi hayat masih ada
Berusaha diDunia untuk bersama nya
Nabi Muhammad saw terlalu sayang UMATNYA....

Dari
MSD

Khamis, 9 April 2015

KEJAR DUNIA ....AKHIRAT DIJAGA...

Dunia tempat persinggahan buat semua insan
Dunia tenpat insan mencari bekalan
Bekalan untuk menuju alam yang berkekalan
Semua insan ...sampai masa akan dijemput
Sampai ajal  akan kembali kepada Pencipta
Allah yang Maha Esa
Semua akan kembali keAkhirat
Tempat abadi...Kekal buat selamanya

Dunia penjara bagi insan yang beriman dan bertaqwa
Insan yang beriman dan bertaqwa
Hidup penuh taat dan patuh
Sentiasa mencari redha allah
Dunia....penat pada orang yang mengejar syurga
Penat di Dunia......Inshaa Allah akan rehat di akhirat sana

Dunia tempat nikmat bagi insan yang suka membuat dosa
 Mereka hidup dalam lalai dan leka
Mereka rehat dari membuat pahala
Hidup bergelumang dengan dosa
Insan yang leka di Dunia
Hanya Allah yang tahu kesudahannya
Allah yang menentukan segalanya...

Kita manusia .....perlu
Berusaha ....Berilmu ...Beramal...Bertaqwa
Semoga kita menjadi orang yang beriman
Akhirnya kita bertawakal kepada Allah
Berserah....jangan berhenti berdoa

Setiap insan kita tidak tahu kesudahannya

Berusaha dan bersusah di Dunia
Semoga bersenang lenang dan berehat di Akhirat sana
Kita cari untuk kehidupan Dunia
Kita kejar untuk Akhirat juga
Semoga dapat kedua duanya

BAHAGIA DUNIA
AKHIRAT JUGA BAHAGIA


M.S.D
9 APRIL 2015

Selasa, 7 April 2015

ILMU...AMAL..IMAN..TAKWA DAN TAWAKKAL...

Dalam kehidupan seharian setiap insan...
Semua insan tidak boleh lalai dan leka..
Musibah datang tak kira masa...
Dari dulu hingga sekarang...
Macam-macam bencana yang melanda...
Ujian dan bencana sentiasa melanda...

Usah kita meneka...
Usah kita buat cerita...
Semua yang berlaku dari Allah yang
Esa..
Semuanya Rahsia Allah...

Tugas kita hanya cari Ilmu...kuatkan Iman...penuhi dada dengan ilmu yang berguna...
Waktu bencana melanda...
Semua orang kena...
Orang beriman dan orang yang banyak buat dosa semua kena...
Allah turun bala semua merasainya..
Allah tak pilih masa...
Allah tak pilih siapa pun dia...

Amalan yang membezakan setiap manusia..
Orang beriman dan bertakwa sentiasa bersedia...mereka tenang
Mereka yakin Allah menguji hambanya ada sebabnya...kita tidak tahu rahsianya...

Orang yang bergelombang dengan dosa...mati dalam sia2..
Waktu musibah melanda...rasa gentar dan takut...tak tahu nak buat apa...hati resah...jiwa kosong..
Tiada tempat nak minta tolong

Untuk itu kita lengkapkan diri dengan ilmu...
Banyakkan buat kebaikan..
Penuhi dada ilmu yang berguna .buat bekalan..jadikan sedekah sebagai amalan..
Lakukan apa saja kebaikan dengan keiklasan...buat kerana  Allah...

Solat jangan tinggalkan
Semua yg Wajib kita lakukan..
Sunat jadikan amalan..

Yang haram jauhkan..
Buang dari kehidupan kita..

Setelah lakukan semua
Kita berserah pada Allah
Baik dan buruk..ketentuannya

Hamba yang beriman  tenang dan redha...semoga kita dalam golongan diberi perlindungan..
Diberi kekuatan...diberi kesabaran
Sentiasa tenang setiap masa
Dapat menghadapi ujian yang mendatang...

Kita jadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan...

Kita buat semua kebaikan
Apa saja yg dituntut Agama kita laksanakan..
In Shaa Allah ...Allah akan hindari kita dari ujian..

Kejahatan kita tinggalkan..
Jauhi apa saja yang ditegah..

Setelah berilmu..beramal...bertakwa
Jadi lah kita orang yang beriman pada Allah...
Akhirnya kita bertawakkal pada Allah....

Semoga kita dalam golongan orang yang tenang hadapi musibah...

Jadi orang yang bahagia Di Dunia
Bahagia diAkhirat sana..

Golongan yang mendapat Syafaat...

Dari:MSD
8 April 2015.....

RINDU HATI TETAP TENANG

Rindu pada Mu sentiasa membara...
Aku ingin sentiasa nenatap Mu...
Aku ingin selalu menyelami isi kandungan Mu...
Aku ingin bersama Mu setiap waktu..
Aku ingin memahami apa yang ada pada Mu...
Aku ingin basahi bibir ku dengan ayat-ayat Mu...
Semoga Ayat Mu sebati dihati ku...
Kau sentiasa dalam sanubari ku...

AL QURAN
Kitab suci untuk seluruh umat manusia...
Kau terlalu istimewa...
Sesiapa yang mencintai Mu..
Tiada duka...tidak akan rasa kecewa...
Kau diturunkan pada Nabi Muhammad(Saw)...
Buat umatnya...
Sebagai panduan...buat pedoman...
Setiap persoalan ada jawapan didalamnya...
AL QURAN mukjizat Agung buat semua manusia...

Menghayati dan memahami isi kandungannya...
Jiwa jadi tenang...
Hati bahagia...rasa damai setiap masa...
Sesiapa yg selalu membacanya wajah ceria.....

Waktu resah cari lah ia..
Rasa gelisah dampinglah ia...
Hati gundah hayati isi kandungannya
Ia penawar waktu duka..
Bersamanya hidup tak sengsara...

Untuk bersamanya kita mesti kenal betul-betul makhraj dan sifatnya...
Berguru lah sekiranya kita tak tahu apa2...

Tiada manisnya...
Tiada kusyuknya...
Tiada rasa kesedapannya...
Sekiranya kita membaca tanpa cukup sifatnya...tidak betul makhrajnya...
Ketenangan dicari tak akan jumpa...
Kebahagiaan tak akan rasa...
Kalau kita tidak tahu betul dan salahnya....

Untuk mendapat pahala yg berganda...
Cari lah guru...
Tuntut lah Ilmu...
Belajar dengan orang yg tahu...
Sebelum terlambat...jangan ditangguh...
Kalau bersungguh...
In shaa Allah..semua mampu dan Semoga dipermudahkan oleh Allah...

AL QURAN..memberi cahaya kegembiraan pada semua..
In shaa Allah ....akan memberi kebahagiaan diDunia dan Akhirat juga...
In shaa Allah AL QURAN akan memberi safaat pada  kita semua...
Sama-sama lah kita bersamanya hingga akhir hayat kita.........

Dari:MSD
7 April 2015..

Isnin, 6 April 2015

YANG SUKA DAN YANG SEMUA ORANG TAK SUKA...

Bahagia semua orang menginginkan nya...
Tidak ada orang yang mahu Derita
Semua insan didunia ini ingin bahagia
Bahagia tidak sama pada seseorang manusia
Setiap orang memberi pendapat yg berbeza tentang Bahagia

Bahagia ada disekeliling kehidupan manusia
Bahagia banyak jenisnya
Bahagia bagi setiap orang berbeza-beza
Hidup sempurna sekiranya bahagia

Sebagai manusia biasa kadang-kadang rasa tak bahagia
Hati kecewa Hati luka ...rasa sangat derita
Tiada siapa pun mahu hidup dalam derita

Kita semua tak ingin derita
Kita cipta bahagia
Semua nya milik kita
Semua ada pada kita
Hanya  kita yang dapat membahagiakan diri kita
Kalau kita menunggu orang membahagiakan kita
Kadang-kadang kita semakin menderita

Untuk hidup bahagia
Kita perlu buat perkara yang kita suka
 Tapi jangan sampai langgar batas  Agama
Jangan buat perkara yang orang akan benci pada kita
Jangan buat orang menderita kerana perbuatan kita

Kalau kita mengharapkan bahagia
Orang lain pun sama macam kita
Bahagiakan orang disekeliling kita
Pasti hidup kita bahagia
Setiap kali kita membahagiakan orang lain
Bahagia juga tercipta untuk kita
Ciptalah bahagia setiap saat dan masa
Derita akan berlalu dari kita

Dekatkan diri pada Yang ESA
Bahagia bersama kita selamanya
Nak bahagia mesti Usaha
Derita datang tanpa dipinta

Yang sukar itu nikmat
Yang tak dipinta akan menjadi pengajaran yang berguna...
Allah memberi kedua-dua
Untuk kita rasa nikmat Bahagia...
Dan Bagaimana rasa Derita...
Kita mesti sabar dan redha...Menerimanya...
Allah penentu segalanya
Pada semua hambanya
Tugas kita berusaha Berdoa...
Akhirnya kita berserah padanya...
Kerana ALLAH beri hanya yang terbaik pada Hambanya....

DARI;
SABA
9APR2015.