Isnin, 6 April 2015

YANG SUKA DAN YANG SEMUA ORANG TAK SUKA...

Bahagia semua orang menginginkan nya...
Tidak ada orang yang mahu Derita
Semua insan didunia ini ingin bahagia
Bahagia tidak sama pada seseorang manusia
Setiap orang memberi pendapat yg berbeza tentang Bahagia

Bahagia ada disekeliling kehidupan manusia
Bahagia banyak jenisnya
Bahagia bagi setiap orang berbeza-beza
Hidup sempurna sekiranya bahagia

Sebagai manusia biasa kadang-kadang rasa tak bahagia
Hati kecewa Hati luka ...rasa sangat derita
Tiada siapa pun mahu hidup dalam derita

Kita semua tak ingin derita
Kita cipta bahagia
Semua nya milik kita
Semua ada pada kita
Hanya  kita yang dapat membahagiakan diri kita
Kalau kita menunggu orang membahagiakan kita
Kadang-kadang kita semakin menderita

Untuk hidup bahagia
Kita perlu buat perkara yang kita suka
 Tapi jangan sampai langgar batas  Agama
Jangan buat perkara yang orang akan benci pada kita
Jangan buat orang menderita kerana perbuatan kita

Kalau kita mengharapkan bahagia
Orang lain pun sama macam kita
Bahagiakan orang disekeliling kita
Pasti hidup kita bahagia
Setiap kali kita membahagiakan orang lain
Bahagia juga tercipta untuk kita
Ciptalah bahagia setiap saat dan masa
Derita akan berlalu dari kita

Dekatkan diri pada Yang ESA
Bahagia bersama kita selamanya
Nak bahagia mesti Usaha
Derita datang tanpa dipinta

Yang sukar itu nikmat
Yang tak dipinta akan menjadi pengajaran yang berguna...
Allah memberi kedua-dua
Untuk kita rasa nikmat Bahagia...
Dan Bagaimana rasa Derita...
Kita mesti sabar dan redha...Menerimanya...
Allah penentu segalanya
Pada semua hambanya
Tugas kita berusaha Berdoa...
Akhirnya kita berserah padanya...
Kerana ALLAH beri hanya yang terbaik pada Hambanya....

DARI;
SABA
9APR2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan