Khamis, 9 April 2015

KEJAR DUNIA ....AKHIRAT DIJAGA...

Dunia tempat persinggahan buat semua insan
Dunia tenpat insan mencari bekalan
Bekalan untuk menuju alam yang berkekalan
Semua insan ...sampai masa akan dijemput
Sampai ajal  akan kembali kepada Pencipta
Allah yang Maha Esa
Semua akan kembali keAkhirat
Tempat abadi...Kekal buat selamanya

Dunia penjara bagi insan yang beriman dan bertaqwa
Insan yang beriman dan bertaqwa
Hidup penuh taat dan patuh
Sentiasa mencari redha allah
Dunia....penat pada orang yang mengejar syurga
Penat di Dunia......Inshaa Allah akan rehat di akhirat sana

Dunia tempat nikmat bagi insan yang suka membuat dosa
 Mereka hidup dalam lalai dan leka
Mereka rehat dari membuat pahala
Hidup bergelumang dengan dosa
Insan yang leka di Dunia
Hanya Allah yang tahu kesudahannya
Allah yang menentukan segalanya...

Kita manusia .....perlu
Berusaha ....Berilmu ...Beramal...Bertaqwa
Semoga kita menjadi orang yang beriman
Akhirnya kita bertawakal kepada Allah
Berserah....jangan berhenti berdoa

Setiap insan kita tidak tahu kesudahannya

Berusaha dan bersusah di Dunia
Semoga bersenang lenang dan berehat di Akhirat sana
Kita cari untuk kehidupan Dunia
Kita kejar untuk Akhirat juga
Semoga dapat kedua duanya

BAHAGIA DUNIA
AKHIRAT JUGA BAHAGIA


M.S.D
9 APRIL 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan